Tuesday, January 26, 2010

Omnitrix Milik Adam Siddiq

kek ben10 omnitrix ini adalah milik Adam Siddiq yang turns 6. mudah berurusan dengan mama adam, naimah cuma minta tema ben10 aja. tak mahu repeat design sebelum ni yang guna ei, maka saya gubahkan bentuk jam omnitrix daripada fondant. ada sedikit kekeliruan pada catatan saya (my mistake!). tersilap baca sms sampai saya sangka kek ini telah dianjak tarikh kepada sehari lebih lewat dari jadual asal. rupa2nya itu sms dari orang lain. dalam kelam kabut balik dari kerja saya bergegas mulakan kerja mendeco. inilah hasilnya, but i could have done better kalau tak kerana kesuntukan masa.


untuk cuppies pulak deco guna ei dengan pelbagai variasi ben10 aliens. apapun, naimah terima kasih banyak2 for your patience and suggestion on how to touch up the cake. really sorry for the mess.