Tuesday, February 7, 2012

2-Tier Stacked Wedding Cake with Fresh Roses

Ditempah oleh Suhana juga kali ini untuk acara potong kek sebelah pihak lelaki
Sue beri gambaran design yang dia mahukan, dari segi kombinasi warna pula saya diberi kebebasan untuk memilih yang bersesuaian
Fresh roses in shocking pink dibekalkan oleh Sue sendiri sebab dia pun tokey bunga ;-)
Alhamdulillah sangat berpuas hati dengan final result
ermm view dari sini nampak pulak kesan sambung riben tu

Dibawah limpahan lampu kuning nampak berseri-seri warna kek dan roses


Ini tona sebenar kek - violet shade

Monday, February 6, 2012

Merahnya Mak Ngah! Hantaran Tunang Tema Merah

2 set of 16pcs each engangement gifts ditempah oleh Sara untuk diberi sebagai balasan kepada pihak lelaki


kombinasi merah/grey dan background putih

Thursday, February 2, 2012

3-Tier Buttercup Yellow Wedding Cake

Kek buttercake vanilla yang dilapisi buttercream dan potongan buah pic manis ini ditempah oleh Suhana bagi pihak pengantin perempuan untuk upacara potong kek yang berlangsung pada 28 Januari baru-baru ini.


Personally saya suka warna kuning ni, nampak sweet kan?

Yang penting customer nak bunga ros banyak2 for this cake. Walaupun saya sebenarnya lebih sukakan gaya yang ringkas with less flowers but I have to admit cantik juga bergaya sarat bunga begini. ;-)




It has been a year since my last wedding cake! Whoa... lamanya break kan?
Memang sengaja saya tak ambil tempahan wedding cakes sebab banyak tempahan yang datang last minit. Lagi 1-2 minggu nak majlis baru nak tempah kek.
Maaf banyak-banyak, buat kek kahwin tak boleh main-main. Saya tak suka main hentam keromo je, memang tempahan masuk tu bererti $$$ untuk saya tapi duit bukan perkara utama.
Saya buat kek kerana suka dan kepuasan melihat hasil kerja.
Saya tak mau ambil risiko ambil job last minit tapi hasilnya tak memuaskan hati saya apatah lagi pelanggan.
Kadang-kadang pelanggan tak tau apa gaya/konsep kek yang diingini. Lebih parah kalau asyik melihat contoh2 di internet, memang rambang mata dibuatnya. Tapi adakah menepati konsep yang diingini?
Terus terang cakap baker pun boleh jadi pening sebab macam2 lambakan idea yang bakal pengantin bagi, sekejap begitu sekejap begini.
Kalau kepala baker bercelaru dengan idea2 yang terlalu berkecamuk daripada pelanggan, jawabnya tak mustahil hasil nanti pun nampak bercelaru juga.
Jadi saya lebih suka tak ambil order daripada menjejaskan hasil kerja sendiri.

Nasihat saya, bakal pengantin harus fahami kek kahwin sama macam the rest of your wedding accessories i.e. baju nikah, gaya mekap, dekorasi/konsep majlis, doorgifts etc.
Mesti majlis anda ada 1 konsep kan? Garden wedding? Traditional? Minimalis? Oriental? Arabian?
Jadi sebaik-baiknya beritahu baker apa konsep majlis anda, insyaAllah kek juga boleh dihasilkan mengikut kesesuaian konsep majlis.
So tak perlu pecah kepala google contoh kek kahwin nanti bercelaru dan belum tentu baker boleh hasilkan sebiji macam sample anda bagi.
Lagipun tak beretika sebenarnya meniru hasil kerja orang.

Sorry menceceh banyak sikit, maklumlah saya jarang menulis panjang lebar.
Sekarang orang kahwin dah tak ikut musim, year round ada wedding. So to all bride-to-be or groom-to-be, happy planning and cepat2 drop me an email kalau nak tempah wedding cake ye.
3 months ahead lagi bagus! 6 months lagiiiiiiiii bagus! ;-)

Wednesday, February 1, 2012

Miniature Cakes

Pertama kali buat miniature cakes atas permintaan Suhana juga.
Yang ini dari pihak lelaki utk pengantin perempuan. Tq so much untuk peluang ini ;-)

Sue kata sayang nak makan! Rugilah kalau tak makan... hehe



Kalau berminat nak jadikan miniature cakes sebagai hantaran sila hubungi saya segera! ;-)