Thursday, September 23, 2010

Barbie Muskeeters Oreo Cheesecake

maaf again saya lupa tuan punya kek ini. tetapi ianya ditempah untuk ulangtahun alyssa balqees yang ke 5.

Wednesday, September 22, 2010

I Heart U

choc moist cuppies dari si gadis untuk buah hati. set ini saya lupa nama tuan punya nya tetapi seingat saya si gadis nak bawa cuppies balik ke perak untuk sambut ulangtahun buah hati. kalau dapat cuppies begini dari kekasih hati tentu senyum sampai ke telinga ye ;-) bertuah :-) ;-)

Merah Kundang Untuk Si Comel



doll cake bergaun mewah merah kundang ini milik faiqah amira yang menyambut hari lahir ke 7. ini adalah kek ke 3 ditempah yati. sebenarnya amirah yang sambut birthday, tapi kakak dan abangnya pun nak kek juga. jadi ketiga-tiga mereka dapat kek seorang satu. yang ini rasa-rasanya adalah kek choc moist kalau tak silap saya. kalau salah harap maaf ye, saya tak jumpa catatan saya yang dulu.

again, saya adaptasi dekorasi yang ringkas, masih dengan corak ukiran tetapi bahagian belakang gaun sarat dengan ropol berlapis-lapis. hubby deliver all 3 cakes ke nilai. yati jemput kami sekeluarga tapi kerana kepenatan dan masih ada tempahan yang belum siap saya tak dapat turut serta. insyaAllah lain kali kita jumpa.

Fly... high Butterfly

saya pun dah lupa apa jenis kek ini. vanila buttercake rasanya yang dilapisi orange filing berserta buttercream. si kakak, faiqah atirah sukakan butterfly maka saya lukis butterfly dengan warna-warna gelap disulami warna kuning sebagai penyeri kek. sejujurnya saya sendiri berkenan dengan butterfly ini.

Fast & Furious - Mirza


ini adalah salah satu daripada 3 biji kek harijadi yang ditempah yati dari nilai. spongecake chocolate yang dilapisi cream chocolate ini bertemakan kereta lumba mclaren, sesuai dengan minat Mirza, 9 tahun.

kek ini dah ditempah lama, before puasa tempohari tapi baru sekarang sempat nak upload. sorry ye yati.

Tuesday, September 21, 2010

Pretty In Pink & Purple

doll cake ini milik nurul asyiqin (cousin saya) yang menyambut harijadi ke 8 sometime in july. sorry again sebab lambat update. di penghujung july sehingga few days before puasa terlalu banyak order yang masuk. bila dah mula berpuasa perhatian dah beralih kepada cookies dan ibadah pula jadi jarang sangat sempat mengadap pc.

bila diberi kebebasan untuk mendeko doll cake ini saya rasa lebih mudah timbul idea deko yang baru. bosan dengan corak swirl yang sarat - memanglah cantik sebab itu idea saya, tapi bila terlalu kerap pelanggan minta corak swirl saya pula yang jadi bosan. jadi untuk doll cake ini saya deko secara simple, tidak sarat, lebih polos sekadar dihiasi corak ukiran seolah-olah gaun doll diperbuat daripada lace. doll kali ini agak seksi dengan bahu terdedah! ;-)
mini cuppies dengan warna tema serupa dengan doll, purple dan pink. cuma pinknya saya guna variasi shocking pink.