Wednesday, April 21, 2010

Barbie Mariposa Choc Cupz

selain daripada kek orange power rangers, nadhia minta saya buatkan 16pcs M cuppies coklat untuk dihadiahkan kepada kawan anaknya. sekali lagi saya cadangkan edible image barbie mariposa, nadhia setuju.


sebab ini hadiah dan kebetulan ada riben pink dalam simpanan, sengaja saya ikatkan riben pada kotak. nothing sophisticated just a simple tie.

Tuesday, April 20, 2010

Power Rangers

kek butter orange flavour ini tempahan nadhia lagi untuk anak lelakinya yang teringin nak makan kek. nadhia sms saya hari sabtu tengahari. memang tempahan nadhia sungguhpun last minute selalu datang pada masa saya sangat lapang. pun begitu tak cukup lapang untuk saya draw sendiri deko power rangers maka bila saya cadangkan edible image, nadhia tak menolak. kek ini nadhia bawa ke kuala selangor, risau juga berjalan jauh harap2 selamat.


Thursday, April 15, 2010

Powerpuff Cupz & Freestyle Butter Cupz

order mengejut 2 weeks ago daripada my loyal customer, nadhia. tengahari jumaat baru dia sms saya mintak buatkan cupcakes nak jamu sedara mara yang datang pada hari esoknya sabtu. mujur nadhia tak kisah flavour apa dan deko macam mana diserah sepenuhnya pada saya. pasal tu saya susah nak tolak permintaannya, dia simple dan mudah berurusan dengannya. jadi saya bikin 16cuppies vanila freestyle deko untuknya.

petang sabtu itu saya dapat sms lagi darinya. minta dibuatkan cupcakes chocolate pulak dengan deko girlie untuk her niece yang suka sangat dengan cupcakes vanila pagi tadi. mujur weekend saya agak lapang, maka bolehlah saya melukis wajah2 powerpuff girls - blossom, buttercup & bubbles.

Wednesday, April 7, 2010

Purple-Pink Doll Cake For Soraya

this doll cake in purple pink gown was made for my daughter's birthday last week. she wants doll cake always, which is so boring for me. months before her birthday macam-macam idea kek yang timbul in her mind, ladybird lah, spider the creepy crawly lah, cat face, butterfly... bla... bla... but few days before her birthday she has gone back to this...





Garden Theme Cake: Bumble Bee in a Garden

this is a dummy cake made for display only. bertemakan bumble bee dalam taman, deko kek menggunakan fondant keseluruhan boleh dizahirkan pada kek sebenar. actually i have this idea in mind untuk kek yang ditempah seseorang. malangnya tempahan dibatalkan saat akhir walhal kek sudah dibakar. nak buat macam mana, nasib kadang2 baik kadang2 tidak, untung belum tentu, rugi kadang tak boleh elak.
pun begitu, tak mahu idea ni terperam aja dalam kepala, maka saya zahirkan dalam bentuk dummy. kek dummy ini saya letakkan di atas meja masa jualan karnival tempohari. seperti lebah2 yang tertarik pada madu bunga, begitulah tertariknya kanak2 yang datang melihat kek ini. sehingga ada yang hampir menangis insist nak beli kek dummy ni. ;-)

Delayed Updates

lama tak update. here's some photos pada hari jualan di karnival 2 weeks ago. alhamdulillah it was a success, habis licin jualan. ;-) thank you to all.