Saturday, August 22, 2009

Fruit Cake Pre-Raya


dah siap wrap baru teringat nak ambil gambar. fruit cake adalah order dari suria of sunway alam suria. agak last minute juga tempahan ni datang, alhamdulillah dalam masa 2 hari dapat tunaikan permintaan. kek ni kalau disimpan dalam fridge boleh tahan sebulan. kalau disimpan dalam bekas kedap udara pada suhu bilik boleh tahan lebih daripada 1 minggu, rasa tak berubah cuma bertambah moist. i know coz i've tried it.

Choc Moist In Choc Fudge Frosting

this order comes from kak salbiah of tnb. saja untuk makan2 katanya. agak banyak juga order yang diterima minggu2 akhir ni sekadar untuk makan2.

Lucky Winners

16pieces peanut butter cuppies order from saidah of uitm, shah alam. she wants her student's pics to be printed on top of the cuppies. the pics were transformed into edible images. tak pasti apa occasion nya but i guess they are winners of a quiz? salah seorang pula sambut birthday. bertuah dapat lecturer macam saidah.

Triple Celebration

order penutup minggu lepas ni datang dari hubby's friend yang bekerja di tnb jalan klang lama. she called up malam 15/8/09 minta buatkan carrot cake untuk celebrate birthday staff tnb yang lahir bulan jun, julai & ogos. cake was delivered on sunday 16/8/09. punyalah haru kali ini boleh terlupa pulak nak selitkan pisau kek & candles. minta ampun bebanyak...

size kek 9x9in, berat 1.9kg.

Damia Batrisyia Going To A Ball

dah lama tak dapat update blog sebab streamyx kat rumah ada problem, disambar petir hari minggu lepas.

this doll cake in lavish18th century ballgown is specially made for sharifah damia batrisyia who turns 3. nervous dan excited mendekokan kek ni. nervous sebab dah lama tak deko doll cake after my doter's birthday cake bulan april lepas. tapi alhamdulillah it turns out much better than i expected, malah lebih baik daripada lakaran asal yang kubuat. hope the birthday girl suka dengan doll cakenya.

atirah (damia's mother) minta buatkan butter cake for the doll and lemon butter for the strawberry shortcake cake (yang earlier entry). this butter cake ku lapis dengan filing strawberry jam. damia celebrate birthday serentak dengan her little sister iris delisha sabtu 15/8/09 yang lepas.

bodice & sarung tangan dibuat daripada fondant

the ball gown daripada buttercream. since atirah tak indicate preferred theme color, i played around with soft colors i.e. very light peach for bottom ruffles, soft rose pink for middle and peach color for the rossettes.

bila belek pic ni baru terperasan spelling birthday tu ada tersilap sikit jadi 'birtday' lah pulak. so sorry tertinggal 'h'.

Iris Delisha Is 1

mendengarkan nama birthday girl pun dah buat kuteruja. sedap sungguh nama2 girls zaman sekarang ye. iris delisha celebrated her birthday serentak dengan her sister damia batrisyia who turns 3.
for iris, atirah order lemon butter cake with strawberry shortcake draw image. i substitute the cake with cheesy lemon butter yang lebih lemak rasa dia. kek ni 3 lapis. lapisan bawah filling buttercream, strawberry jam & buah strawberry segar. lapisan tengah letak filling lemon custard yang kubuat sendiri. and the topping of course buttercream. berat kek sekitar 1.7kg bersaiz 10" diameter.


Wednesday, August 19, 2009

Untuk Makan2

hot item ni setiap minggu mesti ada sekurang2nya 1 order. yang ni repeat order dari orang yang sama minggu lepas. i still didn't get her name. delivered on 11th august. kali ni tuan punya kek nak jamu anak saudaranya makan sebab si kecil asyik bertanya bila nak bawa oreo cheesecake lagi.
selamat menjamu selera!





p/s: ada kisah disebalik kek ni. masa nak masukkan kek dalam oven tiba2 asap keluar daripada timer button. aduhhh... menggelabah tapi nasib cepat2 ku offkan oven. dah mula menggaru2 kepala, camana nak buat ni, order nak kena hantar hari selasa. kek mesti disejukkan at least 24hours to get the best result. tengok jam masih awal. terus ajak hubby pergi kedai elektrik beli je oven baru. huhu... terus dapat oven baru.

Thursday, August 6, 2009

FRUIT CAKE FOR HARI RAYA





PROMOSI KEK KUKUS BUAH 8inx8in SEMPENA HARI RAYA - RM60

tempahan untuk fruit cake sempena hari raya sudah dibuka sehingga 10 September 2009. istimewa sempena hari raya, fruit cake dijual pada harga PROMOSI RM60 each berbanding harga biasa rm65 sebiji. Jadi anda bolehlah buat tempahan sekarang melalui sms atau email ke nombor & alamat yang tertera di sebelah.

tempah sekarang dan collection kek boleh dibuat mulai 2 minggu selepas ramadhan. kek tahan lama jika disimpan dalam peti sejuk.

ini order minggu lepas.


Blueberry Spongecake

introducing blueberry spongecake. so sorry gambar sangat blurry sebab my camera telah dirosakkan photographer tak bertauliah ( sapa lagi kalau bukan my doter). terpaksa snap pic ni guna phone camera
+-1kg = RM44 (9 in diameter)
+-1/2kg = RM22 (7in diameter)

Wednesday, August 5, 2009

Another Cake For Sarah

siti ordered 2 cakes actually. satu untuk celebrate di sekolah and another one, this oreo cheesecake untuk celebrate di rumah. thank you much for your order.

Sarah Is 5

sarah turns 5 tomorrow and she's celebrating her birthday with friends kat sekolah. thus, siti salmah orders this chocolate sponge cake with edible barbie for her daughter. i'm so thankful to siti for placing her order in advance, senang nak plan my work and cari idea decoration for the cake. siti tinggal berjiran dengan hubby's friend kat subang bestari rupanya, tak susah nak cari rumah dia.

i was so nervous nak decorate this cake, well not only this cake boleh dikatakan semua birthday kek kanak2 because i don't want to let them down. siti indicated pink theme... but i played around with a few other color untuk menceriakan kek ni. hope mother and daughter likes it.
happy birthday to u sarah, may Allah bless u.

Order Dari Orang Celcom

carrot walnut order by wira dari menara celcom, jalan raja muda ni datang sekitar penghujung minggu lepas. asalnya wira minta deliver pada hari selasa, tapi disebabkan i don't actually provide delivery service ke kl kenalah berbincang dengan incik hubby dulu. i proposed to deliver on monday tapi wira kata nak jamu kawan2 makan and since monday ramai yang berpuasa sunat tarikh terpaksa ditukar kepada 5/8. mujur wira bersetuju selepas beberapa kali berbincang tentang delivery date. thank for your order.