Thursday, February 2, 2012

3-Tier Buttercup Yellow Wedding Cake

Kek buttercake vanilla yang dilapisi buttercream dan potongan buah pic manis ini ditempah oleh Suhana bagi pihak pengantin perempuan untuk upacara potong kek yang berlangsung pada 28 Januari baru-baru ini.


Personally saya suka warna kuning ni, nampak sweet kan?

Yang penting customer nak bunga ros banyak2 for this cake. Walaupun saya sebenarnya lebih sukakan gaya yang ringkas with less flowers but I have to admit cantik juga bergaya sarat bunga begini. ;-)




It has been a year since my last wedding cake! Whoa... lamanya break kan?
Memang sengaja saya tak ambil tempahan wedding cakes sebab banyak tempahan yang datang last minit. Lagi 1-2 minggu nak majlis baru nak tempah kek.
Maaf banyak-banyak, buat kek kahwin tak boleh main-main. Saya tak suka main hentam keromo je, memang tempahan masuk tu bererti $$$ untuk saya tapi duit bukan perkara utama.
Saya buat kek kerana suka dan kepuasan melihat hasil kerja.
Saya tak mau ambil risiko ambil job last minit tapi hasilnya tak memuaskan hati saya apatah lagi pelanggan.
Kadang-kadang pelanggan tak tau apa gaya/konsep kek yang diingini. Lebih parah kalau asyik melihat contoh2 di internet, memang rambang mata dibuatnya. Tapi adakah menepati konsep yang diingini?
Terus terang cakap baker pun boleh jadi pening sebab macam2 lambakan idea yang bakal pengantin bagi, sekejap begitu sekejap begini.
Kalau kepala baker bercelaru dengan idea2 yang terlalu berkecamuk daripada pelanggan, jawabnya tak mustahil hasil nanti pun nampak bercelaru juga.
Jadi saya lebih suka tak ambil order daripada menjejaskan hasil kerja sendiri.

Nasihat saya, bakal pengantin harus fahami kek kahwin sama macam the rest of your wedding accessories i.e. baju nikah, gaya mekap, dekorasi/konsep majlis, doorgifts etc.
Mesti majlis anda ada 1 konsep kan? Garden wedding? Traditional? Minimalis? Oriental? Arabian?
Jadi sebaik-baiknya beritahu baker apa konsep majlis anda, insyaAllah kek juga boleh dihasilkan mengikut kesesuaian konsep majlis.
So tak perlu pecah kepala google contoh kek kahwin nanti bercelaru dan belum tentu baker boleh hasilkan sebiji macam sample anda bagi.
Lagipun tak beretika sebenarnya meniru hasil kerja orang.

Sorry menceceh banyak sikit, maklumlah saya jarang menulis panjang lebar.
Sekarang orang kahwin dah tak ikut musim, year round ada wedding. So to all bride-to-be or groom-to-be, happy planning and cepat2 drop me an email kalau nak tempah wedding cake ye.
3 months ahead lagi bagus! 6 months lagiiiiiiiii bagus! ;-)