Sunday, October 31, 2010

Tempahan Oktober Dibuka Semula

Salam Semua,

Tempahan untuk bulan Oktober sudah dibuka semula tetapi tarikh 16, 17, 18, 19 dan 22 Oktober sudah penuh.

Memandangkan soon kita akan berinjak ke bulan November dan seterusnya Disember iaitu bulan-bulan di mana kita akan mendengar wedding bells ringing :-) suka saya nasihatkan jika anda berhajat nak engage saya untuk sediakan kek hantaran atau wedding cake, sebaik-baiknya place your order now. Saya yakin semua bakal pengantin idamkan majlis yang indah baik dari segi pakaian, makanan, hantaran hinggalah ke kek. Jadi eloklah buat perancangan awal sebab saya bimbang jika diberi masa yang singkat hasilnya nanti tak memuaskan hati saya sendiri. Dan saya juga lebih suka kalau diberi kebebasan untuk menggunakan kreativiti sendiri. All you need to do is beri saya warna tema majlis dan tema majlis itu sendiri sama ada garden wedding, beach wedding, traditional, modern/contemporary. InsyaAllah I'd be able untuk beri anda beberapa lakaran design kek.

Saya tak galakkan anda beri sample gambar untuk saya tiru bulat-bulat.
Pertama, it is unethical untuk meniru unless kalau anda boleh beri source untuk saya mohon kebenaran.
Kedua, kreativiti antara seorang baker dengan yang lain tidak sama. Jadi it is almost impossible to ask another baker hasilkan kek yang sama dengan orang lain.
Ketiga, tanyalah any baker, mereka akan rasa terkongkong kerana tak dapat kembangkan kreativiti.

Untuk makluman, saya tidak dapat menerima tempahan kek hantaran/wedding cake bagi pertengahan November dan hujung Disember kerana sudah dibook. Sila email saya untuk tarikh-tarikh lain.