Wednesday, October 21, 2009

Largest Cake Ever


kek choc moist seberat hampir 5kg ini ditaja oleh sekumpulan penduduk Alam Budiman, Shah Alam yang bekerja di TM diketuai azrin sempena majlis sambutan hari raya aidilfitri di taman tersebut. kerja-kerja menyiapkan kek ini agak mencabar biarpun bagi bakers lain mungkin mudah aja. mencabar juga sebab tuan punya kek tetapkan yang kek ni mesti cukup lebar to serve semua tetamu (dianggarkan dalam 300++). bila azrin kata tak kisah buat nipis asalkan lebar, well i don't take that for granted sebab walau macam mana sekalipun quality mesti nak jaga. kalau terlalu nipis nanti hilang pulak rasa kek.
cabaran kedua ialah nak match kan kek yang lebar ni dengan cake board dan kotak yang bersesuaian. pada mulanya dah plan nak cantum 4 biji kek bersaiz 10"x7" each tapi bila ke kedai cari cake board takde yang matching. cepat2 kena tukar plan. finally 6 biji kek bersaiz 7"x7" each dicantum menjadi satu. final length cake ialah 21" x 14" (width). cabaran seterusnya adalah kerja2 mencantum kek yang rasanya tak ubah macam kerja2 construction hehehe.
alhamdulillah sebelum tengahari 18 oct, kek ni siap sepenuhnya. berat kek alone 3.3kg, plus choc yang digunakan melebihi 1.5kg. harap2 tuan punya kek semua berpuas hati. inilah kek terbesar dari segi size yang juzcakes pernah buat. kalau ada yang nak buat kek macam ni lagi, rasanya kena fikir banyak kali ;-)