Wednesday, January 27, 2010

F1 Cake

this was the reason for my silence the whole week last week. i was busy preparing for my son's birthday party sabtu lepas. since i am the party planner, the shopper, the chef, the cook, the baker, the decorater and everything else maka preparation kenalah buat secara beransur2. tambahan birthday dibuat sekali dengan housewarming so can imagine what it's like for a working mother to organise the majlis on her own. that's why fahmi's main birthday cake looks so comot, i was juggling between memantau kerja2 memasak di dapur sambil mendeko kek. owhh excuses...excuses ;-P

sebenarnya dah kehabisan idea tema apa nak digubah pada birthday kek dia kali ni. hampir kesemua cartoon kegemarannya dah dijadikan tema kek for birthday yang lepas2 i.e spongebob, diego, spiderman except for ben10. sebab ben10 dah terover expose ssangat kenalah cari tema lain. since my son ni peminat f1 particularly team brawn (as of last season lah...) so i decided untuk apply tema race car pada kek birthday nya. the above was my first attempt mereplicate race car team brawn menggunakan a mixture of gumpaste and fondant.



cmc and carrot walnut cuppies yang dirias bentuk racing track ni was inspired by original design by ratukek. the race track sengaja dibentuk angka 6 menyamai usia fahmi. ermm the no. 6 senget sikit nampaknya ye? owh well i should practice more. you can view more of ratukek's fantastic work at facebook.

Tuesday, January 26, 2010

Nurqaisara Turns 1

kek bentuk angka 1 ini ditempah oleh mahani for her daughter nurqaisara yang sambut 1st birthday. lakaran design kek disediakan sendiri oleh mahani.

thanks mahani.

Muqri Haqeem is 3

a simple cake for muqri haqeem. cake base = choc spongecake layered with chocolate cream dan dirias dengan thomas ei. kek ditempah oleh lyana from bukit jelutong yang pernah order doll cake for her daughter mya hani. thanks so much lyana.



Omnitrix Milik Adam Siddiq

kek ben10 omnitrix ini adalah milik Adam Siddiq yang turns 6. mudah berurusan dengan mama adam, naimah cuma minta tema ben10 aja. tak mahu repeat design sebelum ni yang guna ei, maka saya gubahkan bentuk jam omnitrix daripada fondant. ada sedikit kekeliruan pada catatan saya (my mistake!). tersilap baca sms sampai saya sangka kek ini telah dianjak tarikh kepada sehari lebih lewat dari jadual asal. rupa2nya itu sms dari orang lain. dalam kelam kabut balik dari kerja saya bergegas mulakan kerja mendeco. inilah hasilnya, but i could have done better kalau tak kerana kesuntukan masa.


untuk cuppies pulak deco guna ei dengan pelbagai variasi ben10 aliens. apapun, naimah terima kasih banyak2 for your patience and suggestion on how to touch up the cake. really sorry for the mess.

Saturday, January 9, 2010

Pinky Swirl

another swirl collection milik yuni, 25pcs carrot walnut cupcakes. tiny flowers on top are made of gumpaste.

Yellow Swirl

set hantaran 25pcs carrot walnut cuppies dalam corak yellow-brown swirl ini juga milik yuni. ada cerita lucu disebaliknya. dek kerana sibuk menguruskan persekolahan anak di minggu pertama sesi persekolahan ni ditambah dengan kerja ofis dan tempahan saya tak sedar saya dah kehabisan stock kotak. maka terpaksalah hubby bawa cuppies ni dalam bekas kedap udara terus ke kedai cari kotak. maka cuppies ni disusun hubby sendiri dalam kereta. orang lain mungkin tak perasan, hubby tersilap susun nama tunangan yuni daripada faiz jadi fazi.
sorry ye yuni.

Lingkaran Kasih

order kali ini datangnya daripada aiza mahyuni@ yuni who happens to be the sister of my previous customer aiza yang tempah kek barney & soft pink doll cake october lepas. yuni ni minat sangat dengan corak swirl - berlingkar2 maka yuni minta corak sedemikian dizahirkan pada kek pertunangannya. hampir kesemua kek dan cupcake yang ditempah yuni dirias dengan corak berlingkar.

saya cukup nervous menyiapkan tempahan yuni sebab notis yang diberikan sangat pendek. menyangkakan yuni tidak kisah apa2 jua design asalkan mengikut tema soft pink untuk kek hantaran fondant nya maka saya sudah merangka design tertentu dalam kepala. tiba2 yuni emailkan design yang diminatinya terus saya jadi kalut sebab masa terlalu suntuk tambahan yuni nak nama pasangan ditulis atas kek maka design yang diforward oleh yuni saya rasakan kurang boleh digunakan 100%. mujur yuni boleh kompromi, maka inilah hasilnya.
kek dikirim kepada yuni melalui kakaknya aiza sebab yuni dah rush balik ke johor untuk persiapan majlis pertunangannya hari ini. saya agak nervous menunggu feedback tuan punya kek. sukakah dia atau sebaliknya. saat saya baru nak lelapkan mata jam 12 tengah malam tiba2 handphone berbunyi. dalam mamai sebab kepenatan tidur lewat malam sebelumnya menyiapkan kek yuni, saya baca sms yang dikirimkan yuni. serta2 merta ringan badan saya bila membaca sms yuni. yuni suka design pada kek2 yang saya buat... syukur, lega saya. lena tidur saya malam tadi.

ini satu lagi kek yang ditempah yuni. choc moist cake ni sekadar untuk makan2 kata yuni.
terima kasih banyak2 pada yuni yang banyak bertoleransi dengan saya. insyaAllah jika saya diberi notis lebih awal saya boleh usahakan yang lebih baik lagi.

Tuesday, January 5, 2010

You Are My Superhero

ila, a friend of mine from my pcm days ordered 25pcs choc moist cuppies and 1 kg cmc cake for her son's birthday. ila dah place order lama dah almost 6 months ago sejak sebelum juzcakes dilancarkan. she is kalau ikut rekod orang pertama yang book hasil kerjaku.



oh btw, ila a mother of 2 young children is a talented photographer. u can view her work or book her for a photoshoot at http://adhila-picstop.blogdrive.com .

thanks ila for your trust.

Kasih Anak

kedua2 set cupcakes ni ordered by ayu my neighbour kat alam budiman. order yang pertama 16pcs choc moist cupcakes untuk her father in law yang sambut ulang tahun ke 62. tapi kata ayu kek tak sempat diserahkan kepada fil sebab dah dimakan anak2nya dalam kereta.
a few days after that ayu call lagi minta buatkan 16pcs carrot walnut cupcakes kali ni for her father's birthday pulak. plan asal nak ambil hari isnin petang tapi saat saya sedang menyapu cream cheese pada cupcakes malam ahad lepas, ayu call nak collect time tu juga. cepat2 saya sudahkan deco. mujur sempat saya snap pic ni.

thank you very much ayu.